Teaching is the profession that teaches all the other professions.

Monday 12 December 2011

BM THN 2 : Kenderaan Kereta

Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Pemulihan Khas.


Mata pelajaran         : Bahasa Melayu
Kelas                       : Tahun 2 inovatif
Tarikh                      : 29 Jun 2011
Masa                       : 60 minit
Bilangan Murid        : 12 orang
Tajuk                      : Kenderaan – Kereta

Hasil Objektif Pembelajaran


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1.Menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal dengan betul.
2.Memberi pendapat mengenai tajuk yang dipelajari dengan ayat yang betul


Isi Pelajaran
Menulis karangan mudah dengan lengkap berbantukan gambar tunggal – Kereta. Bapa
Fokus Utama          : Menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal dengan betul.
Fokus sampingan    : Memberi pendapat mengenai tajuk yang dipelajari dengan ayat yang betul


Pengisian Kurikulum   :


Matematik dan Pendidikan Moral

Kemahiran bernilai tambah :
Kemahiran berfikir   : Menyusun atur , mengintepretasi
Kajian Masa Depan   : Mereka cipta kereta  
Kecerdasan Pelbagai  : Kinestetik,muzik,verbal-lingustik, interpersonal ,visual ruang
Pengetahuan Sedia Ada:
   1.Murid pernah menaiki kereta.
   2.Murid telah boleh menulis ayat pendek .



Bahan Bantu Mengajar  :  Kad Gambar
                                                 Kad perkataan
                                                 Kotak
                                                 Penutup botol 
                                                 Gam
                                                 Lembaran mencari perkataan
                                                 Kit permainan pembelajaran
                                                 Kaset dan radio 






Kecerdasan Pelbagai  : Kinestetik,muzik,verbal-lingustik, interpersonal,visual ruang






REFLEKSI

KEKUATAN

Kelebihan atau kekuatan pada pengajaran saya pada hari ini ialah kebanyakkan ibu bapa murid-murid memiliki kereta sendiri ini memudahkan mereka memahami dan kenal akan kepentingan kereta.Selain itu juga mereka begitu seronok dan berminat dengan strategi atau kaedah didik hibur yang saya gunakan dalam pengajaran hari ini.Aktiviti permainan yang saya gunakan juga dalam P&P melicinkan lagi perjalanan pengajaran saya.Dengan mengunakan lontaran suara yang kuat  dan jelas juga menguat dan melancarkan lagi proses pengajaran saya pada hari ini.Di akhir P&P lebih 85% murid-murid dapat menulis karangan mudah berdasarkan gambar dengan betul dan memberi pendapat mengenai tajuk yang dipelajari dengan betul.



KELEMAHAN

Kelemahan pada pengajaran saya pada hari ini ialah,ada beberapa orang murid yang enggan mengikuti pembelajaran ketika sesi dalam kumpulan.Mereka asyik dengan dunia sendiri.Kumpulan kecil ini adalah terdiri daripada murid yang agak lemah dan bermasalah dalam kelas. Selain itu terdapat seorang murid yang langsung tak dapat bercakap atau cuba menjawab soalan  ketika sesi soaljawab berlaku di mana saya dapati murid tersebut kelihatan takut dan gugup ketika saya cuba menyoal soalan kepadanya.



CARA MENGATASI

Untuk mengatasi masalah pembelajaran saya pada hari ini, saya telah menggunakan kaedah motivasi kepada murid-murid yang bermasalah.Saya memberi nasihat dan semangat kepada mereka agar bersabar dan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.Selain itu saya memberi pengayaan kepada murid yang cerdas dan memberi pemulihan kepada mereka yang bermasalah.




Kaset dan radio


   
 

Saturday 10 December 2011

KH THN 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran: Kemahiran Hidup
Kelas: 4M Tarikh:21Feb 2011
Tahap / Tahun: 2 Masa: 7.45pg -8.45pg
Bilangan Murid: 32

Tajuk: Bahan pengalir dan bukan pengalir arus elektrik

Hasil pembelajaran: Murid-murid akan dapat

1. mengenalpasti bahan pengalir dan bukan pengalir elektrik yang diberikan secara eksperimen
2. melaporkan hasil eksperimen dalam bentuk pengurusan grafik yang sesuai.
3. menunjukkan tatakerja yang kemas dan sistematik semasa membuat eksperimen.

Isi pelajaran
Bahan pengalir
Bahan bukan pengalir
Prosedur alatan dan bahan membuat eksperimen

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid sudah diperkenalkan dengan litar elektrik asas.

Sumber pengajaran- pembelajaran:

Bil. Butiran alat dan bahan Kuantiti
1 Bekas bateri dan bateri bersaiz D ,
Bekas mentol dan mentol 1.5V 1 set / kumpulan 4 orang
2 wayar sepanjang 10 cm 3 / kumpulan 4 orang
3 Sampel bahan pengalir dan bukan pengalir
Con. Pensil, tali rafia, dawai kuprum, batu, karbon, benang basah, rotan dll 8 set / kumpulan 4 orang
4. Kad kerja 1 set / kumpulan 4 orang
5 Kerja catatan hasil eksperimen 1 set / kumpulan 4 orang


Nilai Murni:
Berhati-hati dan prihatin dengan peralatan
Kajian Masa Depan:
Dapat mengenalpasti bahan pengalir dan bukan pengalir di rumah untuk keselamatan diri.
Kemahiran Berfikir:
Membanding beza dan mencirikan bahan pengalir dan bukan pengalir
Pendidikan Alam Sekitar:
Menjimatkan tenaga elekrik dengan menggunakan bahan pengalir yang terbaik
Langkah-langkah keselamatan:
Berhati-hati dengan alatan dan bahan yang tajam ketika membuat eksperimen..


LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJAJARAN-PEMBELAJARAN SPP/ABB
CATATAN

SET INDUKSI
(5 MINIT)

Satu litar lampu berkelip-kelip

S. Mengapakah lampu ini tidak bernyala?
J .a. tiada arus
b. litar tidak lengkap
c. dll
S. Apakah yang anda buat menjadikannya bernyala?
J a. tutup suis dan litar sempurna

Arus akan mengalir melalui bahan pengalir dan menghidupkan lampu dalam litar yang lengkap.


G cuba menghidupkan lampu tetapi tidak berjaya.
G mengemukakan soalan




G meminta seorang pelajar menghidupkan lampu dan berjaya. G terus mengemukakan soalan lagi.

G mengaitkan aktiviti ini kepada tajuk pelajaran – pengaliran arus

LANGKAH 1
(MINIT)

Bahan pengalir dan bukan pengalir

S. Apakah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik
J Pelbagai jawapan murid

S. Manakah bahan yang ditunjukkan akan mengalirkan arus elektrik ?
J Jawapan murid.



G mengemukakan soalan kepada murid untuk mengenalpasti pengetahuan mereka
G menunjukkan bahan-bahan kepada M
M diminta meramal yang manakah ialah bahan pengalir dan direkodkan.

M diminta menjalankan eksperimen untuk membuktikan jawapan yang diberi Kemahiran

Meramal
LANGKAH 2
(MINIT)

Eksperimen menguji pengaliran arus dalam bahan

Gambar rajah litar

Langkah-langkah
Pasangkan wayar pada bekas bateri dan pemegang mentol
Pasangkan mentol dan bateri pada bekas / pemegangnya
Sentuhkan dua hujung wayar dan pastikan mentol menyala
Uji bahan dengan membuat sentuhan pada bahan dan menentukan sama ada mentol menyala atau tidak
Catatkan pemerhatian anda.

G membuat tunjuk cara membuat eksperimen berdasarkan rajah dan arahan kerja

M akan memerhati dan mencatatkan langkah-langkah

G mengagihkan bahan kepada setiap kumpulan

M akan menjalankan eksperimen dalam kumpulan dan mencatatkan pemerhatian

M akan menyediakan dapatan dalam bentuk pengurusan grafik untuk membuat pembentangan Nilai

Sistematik dan teratur

Nilai

Keselamatan

LANGKAH 3
(MINIT) Hasil dapatan murid
Mentol menyala / tidak menyala

Rumusan
Pengalir
Bukan pengalir
G meminta M menyatakan dapatan masing-masing

M akan menyatakan rumusan dapatan dan membandingkan dengan ramalan awal.

G membantu M membuat rumusan berdasarkan dapatan daripada setiap kumpulan.

M di minta membetulkan ramalan jawapan yang telah dibuat. Nilai

Jujur
PENUTUP
(MINIT) Rumusan pelajaran
Bahan pengalir
Bahan bukan pengalir arus

Kaedah penentuan – eksperimen

Dapatan eksperimen

Badan kita mengandungi air
Air ialah pengalir
G meminta M menyatakan isi pelajaran
G membina peta minda daripada maklumat M




G menegaskan bahawa air adalah pengalir dan membuka suis dengan tangan yang basah adalah merbahaya.
Nilai : Keselamatan


Catatan guru pelatih:

Friday 9 December 2011

BM THN 2 Monyet dan Kura-kura

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 2

NAMA GURU : AHMAD LATIP BIN ALWI
SEKOLAH : SK. ST. PATRICK MUKAH
KELAS/DARJAH ; 2 Dynamic
BILANGAN MURID : 26 ORANG
UMUR MURID PURATA ; 8 TAHUN
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
MASA: 9.00 – 10.00 PAGI

Kumpulan Arif Bestari Cerdas

Nama Murid 1. Mohd Rizal Bin Manaf
dan ahli-ahli 1. Awang Othmee
dan ahli-ahli 1. Azizah Bte Usuludin
dan ahli-ahli

Tajuk / Kemahiran

Karangan Kloz : Monyet Dan Kura-kura

Objektif Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat menulis karangan kloz berdasarkan gambar yang diberikan
Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat menuliskan karangan kloz bergambar dengan memilih perkataan yang betul dan sesuai berdasarkan gambar yang diberi. Pada akhir pelajaran ini murid dapat menuliskan karangan kloz bergambar dengan menyusun huruf agar menjadi perkataan yang betul berdasarkan gambar.

Pengalaman sedia ada


Murid sudah dapat membaca dan menulis perkataan KV + KVKK



Nilai Murni


Kejujuran


Alat Bantu Mengajar


1. Slaid power point.
2. Domino perkataan
3. Lembaran kerja
4. Kad rangkai kata
1. Slaid power point
2. Kad suku kata
3. Gambar-gambar
4. Lembaran kerja
1. Slaid power point.
2. Kad gambar
3. Kad perkataan.
4. Joran
5. Lembaran kerja.




Set Induksi
5 Minit

Murid mendengar lagu Bunyi Binatang


LANGKAH 1
10 Minit

PENGAJARAN

Murid mendengar cerita Monyet Dan Kura-kura


PERKEMBANGAN

LANGKAH 2

15 Minit PENGAJARAN

• Membaca perkataan yang ditunjukkan di power point
• Murid membaca ayat-ayat karangan yang ditunjukkan di power point
• Murid menuliskan karangan kloz berdasarkan gambar yang diberi.

Contoh:
Pada suatu hari seekor _____(gambar monyer) sedang rehat di atas______(gambar pokok)
_____(gambar jambu)
LATIHAN PENGUKUHAN

• Murid membina perkataan menggunakan kad suku kata berpandukan gambar yang diberikan.
• Murid melukiskan gambar yang diperolehi di lembaran kerja PERMAINAN

Memancing Perkataan
• Murid diberikan beberapa kad gambar
• Mereka diminta memancing kad perkataan yang sama dengan gambar di kotak/kolam yang disediakan.


LANGKAH 3

15 Minit
PENGUKUHAN

• Murid diminta menyusun kad rangkai kata agar menjadi satu ayat yang bermakna.
PENGAJARAN

• Murid menamakan gambar ditunjukkan di power point
• Murid membaca perkataan yang ditunjukkan berserta gambar di power point.
• Murid membaca ayat-ayat yang ditunjukkan di power point
• Murid menulis karangan kloz berpandukan gambar dan diberi pilihan perkataan.

Contoh:
Pada suatu hari seekor_______(gambar monyet/ perkataan ”monyet”, :kucing”) sedang berehat di atas______ (gambar pokok/ perkataan ”pokok”, ”pasu”)
_______(gambar jambu/ perkataan ”jambu”, ”sumbu”)
PENGUKUHAN

• Murid menuliskan perkataan yang telah berjaya dipancing di lembaran kerja.

LANGKAH 3

15 Minit
PERMAINAN

Domino Perkataan.
• Murid diberikan kad domino.
• Murid diminta mencantumkan kad domino agar menjadi ayat yang bermakna.
• Murid yang tidak ada kad domino yang bersesuaian akan hilang giliran.
• Murid yang dapat menghabiskan kadnya dikira pemenang.
PERMAINAN

Gambar Tersembunyi

• Murid diberikan sekeping gambar untuk mencari objek yang tersembunyi dalam gambar tersebut.
• Murid mewarnakan gambar yang telah diperolehi


PENGAJARAN

• Murid menamakan gambar slaid power point yang ditunjukkan oleh guru.
• Murid mengeja perkataan yang ditunjukkan oleh guru menggunakan power point.
• Murid membaca ayat yang ditnjukkan oleh guru di power point
• Murid menuliskan karangan kloz berpandukan gambar dan diberi perkataan yang tidak tersusun hurufnya.

Contoh:
Pada suatu hari seekor _____(gambar monyet/ perkataan monyet yang tidak tersusun ”yetmon”)

PENUTUP

5 Minit

Permainan Kotak Beracun
• Membaca ayat yang diambil dari kotak beracun.





REFLEKSI

KEKUATAN

Kekuatan dna kelebihan pengajaran saya pada hari ini ialah saya dapati murid-murid begitu seronok dan berminat mengikuti pelajaran saya pada hari ini.Ramai di antara mereka bekerjasama melakukan akitiviti dalam kumpulan yang telah disuruh.Selain itu saya juga mengunakan lontaran suara yeng jelas agar murid-murid dapat menerima pengajaran dan pembelajaran saya dengan lebih baik lagi. Murid-murid terhibur dengan strategi didik hibur dan bercerita yang saya gunakan pada hari ini. Murid-murid juga begitu seronok dengan aktiviti permainan yang saya buat. Di akhir P&P saya dapati lebih 80% murid-murid dapat dapat menuliskan karangan kloz bergambar dengan memilih perkataan yang betul dan sesuai berdasarkan gambar yang diberi dan menyusun huruf agar menjadi perkataan yang betul berdasarkan gambar.







KELEMAHAN

Kelemahan yang saya dapati hasil pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini ialah ada seorang dua murid-murid yang tak meberi perhatian ketika saya mengajar malahan mengusik kawan ketika aktiviti permainan dalam kumpulan di lakukan.Ada juga mereka yang kurang memberi kerjasama ketika ketua kumpulan mengarahkan mereka berbincang bersama-sama.



CARA MENGATASI

Saya memberi motivasi atau menasihat murid-murid yang bermasalah dan menyuruh mereka membaca ayat yang diambil dari kotak beracun.Selain itu saya juga memberi pemulihan kepada murid yang lemah dan pengukuhan kepada murid-murid yang cerdas. Hasil kerja kumpulan yang baik saya tanpalkan di belakang kelas dan memuji akan kerjasama kumpulan yang menunjukkan mutu kerja yang baik dan menjadikan contoh kumpulan yang baik kepada kumpulan yang lemah. Saya juga mengunakan pelbagai jenis Alat bantu mengajar dalam pengajaran saya pada hari ini supaya murid-murid lebih berminat dan seronok dengan pelajaran hari ini.

Thursday 8 December 2011

RPH DSV THN 1

Tahun : 1 Confidence
Bidang : Mengenal kraf tradisional
Aktiviti : Anyaman
Tema : Alam Benda
Tajuk : Anyaman Tikar
Masa : 60 minit.
Media: Alatan : Gunting, pembaris, dan pensil
Bahan : Kertas warna dan Gam
BBM : Contoh-contoh hasil Anyaman
EMK : Elemen Kreativiti Dan Inovatif

Elemen Keusahawanan
 Sikap Keusahawanan
 Pemikiran Keusahawanan
 Nilai moral dan etika
STANDARD KANDUNGAN
1. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
2. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.
3. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik
Murid-murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
4.1.1 Unsur Seni:
4.1.1.1 Rupa – Geometri
4.1.1.2 Warna – Primer
4.1.1.4 Jalinan- tampak dan sentuh
4.1.1.4 Garisan – lurus dan Selari
4.1.2 Prinsip Rekaan.
4.1.2.1 Ritma dan Pergerakan – Ritma biasa

4.2 Aplikasi Seni
Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
4.2.1.1 Alatan – Gunting , Pembaris dan Pensil
4.2.1.2 Bahan – Kertas Warna dan Gam
4.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
4.1.2.1 Teknik – Anyaman kelarai

4.3 Ekspresi Kreatif
Murid boleh mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
4.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
4.3.3 Memahami teknik dalam penghasilan Kraf

4.3.3.1 Teknik Anyaman Kelarai

4.4 Apresiasi Seni
Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
4.4.2 Menceritakan karya kumpulan secara lisan.
4.4.3 Menghargai karya kumpulan dan rakan.



STANDARD PEMBELAJARAN

Persepsi Estetik

 Bersoal jawab dengan murid-murid tentang cara membuat anyaman tikar. Contoh: Tikar
 Apakah bahan yang kita guna untuk membuat tikar?
 Guru mempamerkan contoh tikar yang telah siap dianyam menggunakan tayangan LCD.
 Guru menunjukkan contoh tikar teknik anyaman
 Murid ditunjukkan tentang unsur seni yang terdapat di dalam contoh tikar yang dibuat dari segi ulangan dan susunan corak yang seimbang.

Aplikasi Seni

 Guru menunjukkan cara menghasilkan tikar dengan menggunakan teknik anyaman
 Guru berinteraksi dengan murid tentang cara pengunaan media dalam penghasilan corak teknik anyaman




Ekspresi Kreatif
Guru meminta murid memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
Langkah 1
Guru mengedarkan bahan dan alatan yang berkaitan.
Langkah 2
Guru menunjukkan langkah-langkah untuk menghasilkan tikar yang menarik.
Langkah 3
Guru menunjuk cara dan membimbing pelajar dalam proses menganyam tikar.
Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
 Guru meminta murid lain memilih hasil kerja terbaik dan mempamerkan hasil tersebut di hadapan kelas.
 Guru berinteraksi dan bersoal jawab tentang hasil kerja murid dengan memberi penekanan laras bahasa seni.
 Guru meminta murid melabelkan harga pada hasil tikar yang dipamerkan.
 Guru memberi ulasan tentang perbezaan hasil seni yang menarik dan hasil yang kurang menarik mengikut gabungan warna unsur seni yang digunakan.

Tuesday 6 December 2011

RPH BM Mama Pergi Ke Pasar




Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 .

Mata pelajaran                         : Bahasa Melayu
Kelas                                       : Tahun 2 Dynamic
Tarikh                                      : 20 Julai 2011
Masa                                        : 60 minit
Bilangan Murid                       : 26 orang
Tajuk                                       : Mama pergi ke pasar.

Hasil Objektif Pembelajaran           
Pada akhir pengajaran dan penbelajaran murid dapat :

.Menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal dengan betul.

Isi Pelajaran  
Menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal – Mama pergi ke pasar.

Fokus Utama            
Menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal dengan betul.

Fokus sampingan
1.Menyusun perkataan untuk membentuk ayat mudah.
2.Membina ayat mudah.

Pengisian Kurikulum            :Pendidikan Jasmani dan kesihatan dan Pendidikan Moral

Kemahiran bernilai tambah :
Kemahiran berfikir               : Menjana fikiran,Menyusun atur , mengintepretasi
Belajar Cara Belajar            : Mengeja perkataan sendiri, menyusun
                                                  perkataan untuk membentuk ayat     :          
Kecerdasan Pelbagai             : Kinestetik,muzik,verbal-lingustik, interpersonal                                                                   ,visual ruang

Pengetahuan Sedia Ada       :1.Murid ada pengalaman mengikut ibu pergi ke pasar.
                                                 2.Murid boleh menulis perkataan dan ayat mudah.

Bahan Bantu Mengajar        :Carta gambar
                                                 Kad perkataan
                                                 Papan butang
                                                 Jigsaw puzzle
                                                 Blok perkataan
                                                 Carta gambar peta minda dan lembaran. 
                                                 Slide power point                                            
                                                 
                                                 

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Kumpulan  A
 GEMILANG
Kumpulan B
CEMERLANG
Kumpulan C
TERBILANG


Set Induksi
(5 minit )

1.Guru meminta murid menyanyi bersama guru lagu berkaitan tajuk.
2.Murid bersoaljawab dengan guru berkaitan tajuk.
3.Guru mengaitkan dengan pelajaran  pada hari ini



Klip video power point.
Muzik dan Pendidikan Moral


Langkah 1
(15 minit )






Pengajaran

1.Guru menampalkan gambar tunggal  “ ibu bawa raga” dipapan  putih .

2. Berbincang tentang gambar dengan murid.

Contoh jangkaan jawapan murid:
  1. Ini siapa ? – Ini mama dan lain-lain.
  2. Siapa nama mama?
  3. Mama pergi mana?
  4. Mama bawa apa?




Carta Gambar Tunggal
                                               


Langkah 2
(15 minit )












Aktiviti Pengajaran

1Murid bersoaljawab tentang    gambar berdasarkan klip video   power point dan buku besar.

2. Murid datang ke hadapan kelas
dan membuat aksi mama pergi
pasar bawa raga.

3. Murid melukiskan mama bawa
raga di papan putih.


4.Murid membina dan menulis 5 ayat mudah berdasarkan
gambar secara lisan.

5.Guru mengawasi dan membimbing murid. 

Kemahiran berfikir:
 Menyusun atur , mengintepretasi, menjana fikiran.



Aktiviti Latihan

1.Murid diberi satu lembaran yang berbentuk peta minda    dan menyuruh murid
menuliskan apa sahaja yang terlintas di fikiran tentang gambar tunggal yang itunjukkan din dalam  sebuah bingkai gambar.

2.Murid menulis berdasarkanpengetahuan sedia ada    murid.
Contoh:
1 Ini mama.Nama mama Sarah.Mama bawa raga.



3..Guru mengawasi dan membimbing murid. 




Permainan

1.Guru menyediakan bahan maujud seperti raga dan     sayur-sayuran serta buah-
buahan.

2.Murid diminta melebelkan bahan-bahan itu dengan  perkataan yang dituliskan pada kad perkataan.

3. Murid bekerjasama di  dalam kumpulan secara bergotong royong mencari perkataan yang sesuai dengan bahan.

4.Guru mengawal aktiviti dan
    memberi bimbingan.
 

Belajar cara belajar:
 mencari dan mengeja     perkataan sendiri.



Gambar tunggal

Lembaran kerja


Bahan maujud raga, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Langkah 3
(20 minit )


Permainan

    Mencantumkan perkataan
   dengan gambar.
   “ Mama bawa raga.”
1.Murid bermain dalam    kumpulan di mana gambar-
 gambar disusun secara rawak  dan murid memilih gambar  untuk dicantumkan dengan  perkataan dan membentuk satu  binaan jigsaw puzzle gambar
 mama membawa raga pergi ke pasar.

2.Murid bermain mengikut    giliran .



Latihan

1.      2.Murid membina dan menuliskan semula ayat-ayat tadi di dalam bentuk karangan sebenar dan menggalakkan murid untuk mengembangkan lagi idea dengan bantuan guru.

Pengajaran

1.Guru membimbing
    murid menuliskan
    ayat  mudah
    berdasarkan      gambar  tunggal.

2.Murid membaca ayat- ayat contoh yang di tunjukkan
 guru berselang –seli dengan    gambar melalui slide power
   point.

3.Murid menulis 3 ayat mudah berpandukan      perkataan  yang diberi   guru.

4.Murid membacakan ayat  yang di cipta secara lisan dengan panduan guru.


5.Murid menuliskan karangan “ Mama pergi ke pasar”.



Permainan

1.      3.Murid bermain memadankan gambar dan ayat di papan butang.


2.      4. Murid membaca
kuat ayat yang
ditemui kepada
kawan.


Aktiviti Latihan

1.Murid menyusun perkataan-
   perkataan yang dituliskan
   pada blok-blok kayu
   bernombor untuk
   membentuk ayat mudah.

2.Murid menyalin ayat-ayat    yang telah disusun itu
  ke dalam buku tulis.









Pengajaran

1.      Guru menunjukkan carta karangan berpandu berdasarkan gambar tunggal.
Cara ansur maju dari  menyusun perkataan      kepada bentuk ayat- ayat mudah.


6 Murid  melekatkan perkataan di papan magnet mengikut nombor untuk membentuk ayat mudah.

7.Murid membaca ayat yang telah dibina dengan kuat dan berintonasi.

8.Guru mengawasi dan member bimbingan yang lebih khusus bagi kumpulan ini.



Blok perkataan dan blok gambar

Jigsaw puzzle yang direka bersesuaian tajuk karangan.

Kad perkataan

Slide power point – persembahan.

Penutup
(5 minit)
                   
Penutup sosial
1.Murid menyanyikan lagu dan “ Mama pergi ke pasar” berdasarkan klip video power point.
2. Guru menerapkan nilai murni sayangi ibu dan memakan sayur-sayuran untuk kesihatan diri.

Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik,muzik,verbal-lingustik, interpersonal,visual ruang








REFLEKSI

KEKUATAN


Kelebihan atau kekuatan dalam pengajaran saya pada hari ini ialah saya telah dapat mengawal kelas dengan mengunakan lontaran suara yang kuat dan jelas.Murid-murid kelihatan begitu seronok dan berminat dengan strategi P&P yang saya gunakan pada hari ini.Selain itu murid-murid sudah biasa pergi ke pasar bersama-sama ibu masing-masing.Selain itu murid-murid begitu bersemangat dan bekerjasama ketika akitiviti kumpulan dibuat.Di akhir P&P saya seramai lebih 80% murid-murid dapat menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal dengan betul.


KELEMAHAN

Kelemahan yang saya dapati dalam P&P saya pada hari ini ialah.Ketika aktiviti menyanyi ada beberapa orang murid yang bermasalah di mana mereka enggan menyanyi malahan ada yang bermain-main ketika aktiviti menyanyi dibuat.Selain itu ketika aktiviti kumpulan ada seorang dua murid yang enggan bekerjasama dalam kumpulan kecuali yang betul-betul faham dan meminati pengajaran saya pada hari ini.


CARA MENGATASI


Saya terpaksa memujuk dan mendekati murid-murid  yang bermasalah dan berusaha menyuruh mereka bekerjasama dan melakukan aktiviti bersama-sama rakan dalam kumpulan masing-masing.Saya juga memberi nasihat dan memberi ganjaran kepada murid-murid yang aktif dan dapat melakukan akitiviti dengan betul, Cara ini menjadikan murid yang bermasalah berminat dan ingin mencuba aktiviti tersebut.Di akhir pelajaran Murid-murid yang lemah saya berikan mereka pemulihan dan yang cerdas pengayaan.