Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 .
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 2 Dynamic
Tarikh : 20 Julai 2011
Masa : 60 minit
Bilangan Murid : 26 orang
Tajuk : Mama pergi ke pasar.
Hasil Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan penbelajaran murid dapat :
.Menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal dengan betul.
Isi Pelajaran
Menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal – Mama pergi ke pasar.
Fokus Utama
Menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal dengan betul.
Fokus sampingan
1.Menyusun perkataan untuk membentuk ayat mudah.
2.Membina ayat mudah.
Pengisian Kurikulum :Pendidikan Jasmani dan kesihatan dan Pendidikan Moral
Kemahiran bernilai tambah :
Kemahiran berfikir : Menjana fikiran,Menyusun atur , mengintepretasi
Belajar Cara Belajar : Mengeja perkataan sendiri, menyusun
perkataan untuk membentuk ayat :
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik,muzik,verbal-lingustik, interpersonal ,visual ruang
Pengetahuan Sedia Ada :1.Murid ada pengalaman mengikut ibu pergi ke pasar.
2.Murid boleh menulis perkataan dan ayat mudah.
Bahan Bantu Mengajar :Carta gambar
Kad perkataan
Papan butang
Jigsaw puzzle
Blok perkataan
Carta gambar peta minda dan lembaran.
Slide power point
Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan | ||
| Kumpulan A GEMILANG | Kumpulan B CEMERLANG | Kumpulan C TERBILANG | |
Set Induksi (5 minit ) | 2.Murid bersoaljawab dengan guru berkaitan tajuk. 3.Guru mengaitkan dengan pelajaran pada hari ini | Klip video power point. Muzik dan Pendidikan Moral | ||
Langkah 1 (15 minit ) | Pengajaran 1.Guru menampalkan gambar tunggal “ ibu bawa raga” dipapan putih . 2. Berbincang tentang gambar dengan murid. Contoh jangkaan jawapan murid:
| Carta Gambar Tunggal | ||
Langkah 2 (15 minit ) | Aktiviti Pengajaran 1Murid bersoaljawab tentang gambar berdasarkan klip video power point dan buku besar. 2. Murid datang ke hadapan kelas dan membuat aksi mama pergi pasar bawa raga. 3. Murid melukiskan mama bawa raga di papan putih. 4.Murid membina dan menulis 5 ayat mudah berdasarkan gambar secara lisan. 5.Guru mengawasi dan membimbing murid. Kemahiran berfikir: Menyusun atur , mengintepretasi, menjana fikiran. | Aktiviti Latihan 1.Murid diberi satu lembaran yang berbentuk peta minda dan menyuruh murid menuliskan apa sahaja yang terlintas di fikiran tentang gambar tunggal yang itunjukkan din dalam sebuah bingkai gambar. 2.Murid menulis berdasarkanpengetahuan sedia ada murid. Contoh: 1 Ini mama.Nama mama Sarah.Mama bawa raga. 3..Guru mengawasi dan membimbing murid. | Permainan 1.Guru menyediakan bahan maujud seperti raga dan sayur-sayuran serta buah- buahan. 2.Murid diminta melebelkan bahan-bahan itu dengan perkataan yang dituliskan pada kad perkataan. 3. Murid bekerjasama di dalam kumpulan secara bergotong royong mencari perkataan yang sesuai dengan bahan. 4.Guru mengawal aktiviti dan memberi bimbingan. Belajar cara belajar: mencari dan mengeja perkataan sendiri. | Gambar tunggal Lembaran kerja Bahan maujud raga, sayur-sayuran dan buah-buahan. |
Langkah 3 (20 minit ) | Permainan Mencantumkan perkataan dengan gambar. “ Mama bawa raga.” 1.Murid bermain dalam kumpulan di mana gambar- gambar disusun secara rawak dan murid memilih gambar untuk dicantumkan dengan perkataan dan membentuk satu binaan jigsaw puzzle gambar mama membawa raga pergi ke pasar. 2.Murid bermain mengikut giliran . Latihan 1. 2.Murid membina dan menuliskan semula ayat-ayat tadi di dalam bentuk karangan sebenar dan menggalakkan murid untuk mengembangkan lagi idea dengan bantuan guru. | Pengajaran 1.Guru membimbing murid menuliskan ayat mudah berdasarkan gambar tunggal. 2.Murid membaca ayat- ayat contoh yang di tunjukkan guru berselang –seli dengan gambar melalui slide power point. 3.Murid menulis 3 ayat mudah berpandukan perkataan yang diberi guru. 4.Murid membacakan ayat yang di cipta secara lisan dengan panduan guru. 5.Murid menuliskan karangan “ Mama pergi ke pasar”. Permainan 1. 3.Murid bermain memadankan gambar dan ayat di papan butang. 2. 4. Murid membaca kuat ayat yang ditemui kepada kawan. | Aktiviti Latihan 1.Murid menyusun perkataan- perkataan yang dituliskan pada blok-blok kayu bernombor untuk membentuk ayat mudah. 2.Murid menyalin ayat-ayat yang telah disusun itu ke dalam buku tulis. Pengajaran 1. Guru menunjukkan carta karangan berpandu berdasarkan gambar tunggal. Cara ansur maju dari menyusun perkataan kepada bentuk ayat- ayat mudah. 6 Murid melekatkan perkataan di papan magnet mengikut nombor untuk membentuk ayat mudah. 7.Murid membaca ayat yang telah dibina dengan kuat dan berintonasi. 8.Guru mengawasi dan member bimbingan yang lebih khusus bagi kumpulan ini. | Blok perkataan dan blok gambar Jigsaw puzzle yang direka bersesuaian tajuk karangan. Kad perkataan Slide power point – persembahan. |
Penutup (5 minit) | Penutup sosial 1.Murid menyanyikan lagu dan “ Mama pergi ke pasar” berdasarkan klip video power point. 2. Guru menerapkan nilai murni sayangi ibu dan memakan sayur-sayuran untuk kesihatan diri. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik,muzik,verbal-lingustik, interpersonal,visual ruang | |
REFLEKSI
KEKUATAN
Kelebihan atau kekuatan dalam pengajaran saya pada hari ini ialah saya telah dapat mengawal kelas dengan mengunakan lontaran suara yang kuat dan jelas.Murid-murid kelihatan begitu seronok dan berminat dengan strategi P&P yang saya gunakan pada hari ini.Selain itu murid-murid sudah biasa pergi ke pasar bersama-sama ibu masing-masing.Selain itu murid-murid begitu bersemangat dan bekerjasama ketika akitiviti kumpulan dibuat.Di akhir P&P saya seramai lebih 80% murid-murid dapat menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal dengan betul.
KELEMAHAN
Kelemahan yang saya dapati dalam P&P saya pada hari ini ialah.Ketika aktiviti menyanyi ada beberapa orang murid yang bermasalah di mana mereka enggan menyanyi malahan ada yang bermain-main ketika aktiviti menyanyi dibuat.Selain itu ketika aktiviti kumpulan ada seorang dua murid yang enggan bekerjasama dalam kumpulan kecuali yang betul-betul faham dan meminati pengajaran saya pada hari ini.
CARA MENGATASI
Saya terpaksa memujuk dan mendekati murid-murid yang bermasalah dan berusaha menyuruh mereka bekerjasama dan melakukan aktiviti bersama-sama rakan dalam kumpulan masing-masing.Saya juga memberi nasihat dan memberi ganjaran kepada murid-murid yang aktif dan dapat melakukan akitiviti dengan betul, Cara ini menjadikan murid yang bermasalah berminat dan ingin mencuba aktiviti tersebut.Di akhir pelajaran Murid-murid yang lemah saya berikan mereka pemulihan dan yang cerdas pengayaan.
No comments:
Post a Comment