Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 .
Nama Guru : Ahmad Latip Bin Alwi.
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Kebersihan makanan
Sekolah : SK St Patrick.
Kelas : 2 Dynamic
Bilangan murid : 26 orang
Purata umur : 8 tahun
Tarikh : 5 Mei 2011
Masa : 8.00 – 9.00 pagi.
Hari : khamis
KEMAHIRAN | Fokus Utama: 8.2 Aras 1(i) Membina ayat majmuk berdasrkan perkataan yang diberikan. Fokus sampingan : 2.2 Aras 1(i) Memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai. Fokus sampingan: 5.3 Aras 1(ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca. |
OBJEKTIF |
|
ISI PELAJARAN | Hospital,penyakit,tercemar,muntah-muntah cirit- birit. |
PENGETAHUAN SEDIA ADA | Murid sendiri pernah mengalami keracunan makanan.melihat atau mendengar dari media massa. |
PENYERAPAN ILMU | Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Moral |
NILAI-NILAI MURNI | Kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri kebersihan makanan. |
ABM | Carta petikan, kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja.dan contoh makanan yang luput tarikh atau tercemar. |
SET INDUKSI (5 minit ) | Lakonan Spontan.
Pelajaran hari ini. |
LANGKAH 1 (10 minit ) |
|
LANGKAH 2 (15 minit ) | 1. Guru bersoaljawab berdasarkan petikan yang dibaca tadi. 2. Murid secara individu cuba menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh guru. 3. Guru mengadakan pertandingan membina dan menjawab soalan dalam dua kumpulan. 4. Guru membimbing murid-murid dalam pertandingan ini. |
LANGKAH 3 (25 minit ) | 1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan . 2. Guru memberi penerangan dan contoh-contoh ayat majmuk sebagai tugasan setiap kumpulan. 3. Murid dalam kumpulan dikehendaki membina ayat majmuk daripada perkatan yang diberikan. 1. 3. Setiap kumpulan dikehendaki membina 5 ayat majmuk. 4..Wakil setiap kumpulan akan membaca hasil kerja mereka di hadapan kelas. |
PENUTUP ( 5 Minit ) | Penutup kognitif. 1. Guru memberi peneguhan dan merumus pelajaran hari itu.. 2. Hasil kerja mereka akan ditampal di sudut bahasa. Penutup sosial 1. Guru memuji murid kerana memberikan kerjasama yang baik sewaktu aktiviti dijalankan. |
REFLEKSI
KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan pengajaran saya pada hari ini ialah saya telah mengawal murid dengan kelantaran suara dan memastikan murid-murid dapat memberi perhatian pelajaran pada hari ini.Strategi soaljawab banyak membantu saya mengatasi kecelaruan dan kurang faham murid terhadap pengajaran saya pada hari ini.Selain itu murid juga dapat mengetahui isi pelajaran melalui pengetahuan sedia ada mereka iaitu mereka sendiri pernah mengalami keracunan makanan selain daripada melihat atau mendengar masalah ini melalui media massa.
KELEMAHAN
Kelemahan yang saya dapati di kalangan murid-murid ialah tentang tabiat menjaga kebersihan makanan.Mereka tidak mempedulikan kebersihan makanan sebelum makan.Contohnya ada yang mengatakan makan makanan yang telah jatuh di atas tanah kerana sayangkan makanan tersebut. Apa yang merisaukan saya ada sesetengah murid yang makan sahaja tanpa mencuci makanan sebelum makan Contohnya buah yang baru dibeli atau di petik dari pohon.
CARA MENGATASI
Saya memberi teguran yang membina kepada murid-murid yang dah biasa dengan tabiat suka makan makanan sebelum dicuci. Disamping itu saya juga mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan makanan dan jangan makan makanan yang tercemar atau di tempat yang tercemar supaya kesihatan diri lebih terjamin.
KAD GAMBAR (1)
KEBERSIHAN MAKANAN
GAMBAR (2)
KEBERSIHAN MAKANAN
GAMBAR (3)
KEBERSIHAN MAKANAN
GAMBAR (4)
MAKANAN KOTOR.
SEBELUM SELEPAS
GAMBAR (5).
PENJAJA TIDAK MENGHIRAU KEBERSIHAN GERAI DAN DIRINYA