Tahun : 1 Confidence
Bidang : Mengenal kraf tradisional
Aktiviti : Anyaman
Tema : Alam Benda
Tajuk : Anyaman Tikar
Masa : 60 minit.
Media: Alatan : Gunting, pembaris, dan pensil
Bahan : Kertas warna dan Gam
BBM : Contoh-contoh hasil Anyaman
EMK : Elemen Kreativiti Dan Inovatif
Elemen Keusahawanan
Sikap Keusahawanan
Pemikiran Keusahawanan
Nilai moral dan etika
STANDARD KANDUNGAN
1. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
2. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.
3. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik
Murid-murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
4.1.1 Unsur Seni:
4.1.1.1 Rupa – Geometri
4.1.1.2 Warna – Primer
4.1.1.4 Jalinan- tampak dan sentuh
4.1.1.4 Garisan – lurus dan Selari
4.1.2 Prinsip Rekaan.
4.1.2.1 Ritma dan Pergerakan – Ritma biasa
4.2 Aplikasi Seni
Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
4.2.1.1 Alatan – Gunting , Pembaris dan Pensil
4.2.1.2 Bahan – Kertas Warna dan Gam
4.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
4.1.2.1 Teknik – Anyaman kelarai
4.3 Ekspresi Kreatif
Murid boleh mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
4.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
4.3.3 Memahami teknik dalam penghasilan Kraf
4.3.3.1 Teknik Anyaman Kelarai
4.4 Apresiasi Seni
Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
4.4.2 Menceritakan karya kumpulan secara lisan.
4.4.3 Menghargai karya kumpulan dan rakan.
STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
Bersoal jawab dengan murid-murid tentang cara membuat anyaman tikar. Contoh: Tikar
Apakah bahan yang kita guna untuk membuat tikar?
Guru mempamerkan contoh tikar yang telah siap dianyam menggunakan tayangan LCD.
Guru menunjukkan contoh tikar teknik anyaman
Murid ditunjukkan tentang unsur seni yang terdapat di dalam contoh tikar yang dibuat dari segi ulangan dan susunan corak yang seimbang.
Aplikasi Seni
Guru menunjukkan cara menghasilkan tikar dengan menggunakan teknik anyaman
Guru berinteraksi dengan murid tentang cara pengunaan media dalam penghasilan corak teknik anyaman
Ekspresi Kreatif
Guru meminta murid memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
Langkah 1
Guru mengedarkan bahan dan alatan yang berkaitan.
Langkah 2
Guru menunjukkan langkah-langkah untuk menghasilkan tikar yang menarik.
Langkah 3
Guru menunjuk cara dan membimbing pelajar dalam proses menganyam tikar.
Apresiasi Seni
Murid mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
Guru meminta murid lain memilih hasil kerja terbaik dan mempamerkan hasil tersebut di hadapan kelas.
Guru berinteraksi dan bersoal jawab tentang hasil kerja murid dengan memberi penekanan laras bahasa seni.
Guru meminta murid melabelkan harga pada hasil tikar yang dipamerkan.
Guru memberi ulasan tentang perbezaan hasil seni yang menarik dan hasil yang kurang menarik mengikut gabungan warna unsur seni yang digunakan.
No comments:
Post a Comment