Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 .
Nama Guru : Ahmad latip Bin Alwi
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Piramid Makanan
Sekolah : SK St Patrick.
Kelas : 2 Dynamic
Bilangan murid : 26 orang
Purata umur : 8 tahun
Tarikh : 3 Mei 2011
Masa : 8.00 – 9.00 pagi.
Hari : Selasa
KEMAHIRAN | Fokus Utama: 8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik. Fokus sampingan : 1.2 Aras 3(i) Bersoaljawab tentang perkara yang menarik berdasarkan sesuatu topik. Fokus sampingan: 5.3 Aras 1(ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca. |
OBJEKTIF |
|
ISI PELAJARAN | Protein, lemak,Karbohidarat, vitamin,garam mineral |
PENGETAHUAN SEDIA ADA | Murid sudah biasa melihat jenis-jenis makanan yang terdapat dalam carta piramid makanan. |
PENYERAPAN ILMU | Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Moral |
NILAI-NILAI MURNI | Kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri. |
ABM | Piramid Makanan, kad gambar, kad perkataan dan lembaran kerja.kad cantuman gambar dan benda maujud (buah-buahan) |
SET INDUKSI (5 minit ) | Teka siapa saya.
Murid di hadapan hanya akan menyebut ‘ya’ untuk soalan yang betul dan ‘tidak’ untuk soalan yang salah. Contoh : limau Soalan : Adakah kamu bulat? Jawapan : Ya |
LANGKAH 1 (10 minit ) |
|
LANGKAH 2 (15 minit ) | 1. Guru mempamerkan carta petikan. 2. Murid membaca secara kelas dan individu 3. Murid bersoaljawab berdasarkan petikan. 4. Pertandingan pat-pat siku lipat (menjawab soalan secara individu) |
LANGKAH 3 (25 minit ) | 1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan perlu ,mencantumkan piramid makanan dalam masa yang telah ditetapkan. 1. 2. Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan makanan seimbang daripada hasil cantumana piramid 2. makanan itu tadi. 3. 3. Guru menunjukkan cara menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul berdasarkan 4. senarai perkataan diberi. 4..Wakil setiap kumpulan akan menunjukkan kebolehan menulis ayat tunggal yang cantik di papan tulis. 5. Murid-murid di suruh membuat latihan berdasarkan lembaran kerja yang diberi. |
PENUTUP ( 5 Minit ) | Penutup kognitif. 1. Setiap orang murid diberikan gambar. 2. Murid menulis perkataan berdasarkan gambar tersebut. 3. Hasil kerja mereka akan ditampal di sudut bahasa. Penutup sosial 1. Guru memuji murid kerana memberikan kerjasama yang baik sewaktu aktiviti dijalankan. |
REFLEKSI
KEKUATAN
Kekuatan dan kelebihan pengajaran yang saya dapati pada hari ini ialah saya mengunakan kekuatan suara untuk menyampaikan pengajaran pada hari ini. Selain itu saya dapati juga murid-murid begitu berminat dengan strategi pembelajaran saya pada hari ini.Murid-murid begitu seronok melakukan akitiviti pengajaran sepanjang pengajaran saya pada hari ini.Selain itu saya dapati murid banyak memberi kerjasama semasa sesi P&P pada hari ini.Apa yang mengembirakan saya ialah kebanyakkan murid dapat menulis sekurang-kurangnya 5 daripada 7 perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik . Dapat bersoaljawab berdasarkan piramid makanan dan menjawab sekurang-kurannya 4 daripada 5 soalan pemahaman secara individu.
KELEMAHAN
Kelemahan yang ketara saya dapati dari murid-murid pada hari ini ialah kebanyakan mereka tidak memahami apa itu piramid makanan.Dalam pemerhatian saya ada juga murid yang tak kenal jenis makanan seperti protein,kaborhadirat,lemak dan garam mineral.
Paling menyedihkan saya ialah ada di antara murid tak tahu kumpulan makanan contohnya ikan merupakan kumpulan makan protein.Mereka cuma tahu makan dan meyatakan ikan adalah dari kumpulan lemak.Apa yang saya dengar ialah mereka lebih mengemari makan ringan seperti keropok dan gula-gula.
CARA MENGATASI
Saya terpaksa memberi gambaran dan menerangkan satu persatu contoh-contoh makanan yang bersesuaian berdasarkan kumpulan makanan dalam piramid makanan bagi mengatasi masalah kecelaruan murid tentang piramid makanan.Selain itu saya juga ada menyentuh tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.
ABM PIRAMID MAKANAN
KAD PERKATAAN
nasi |
roti |
jambu |
rambutan |
susu |
daging |
Kacang tanah |
Mentega |
LEMBARAN KERJA (1)
Arahan:
Salin semula perkataan dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik.
- Nasi
2. roti
__________________________________________________________________________________________________________
3. jambu
__________________________________________________________________________________________________________
4. rambutan
_______________________________________________________________________________________________________
5. kacang tanah
_______________________________________________________________________________________________________
6. mentega
_______________________________________________________________________________________________________
LEMBARAN KERJA (2)
Arahan:
Salin semula ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik.
1. Saya suka makan nasi ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2. Ayah beli roti di kedai ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3. Jambu itu sedap
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
4. Buah rambutan itu sudah masak. ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5. Emak merebus kacang tanah.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
6. Mentega itu mahal.
_____________________________________________________________________________________________________________
CARTA PETIKAN
Fatihah menemani ibunya ke klinik. Semasa berada di sana,dia melihat carta tentang piramid makanan.Piramid makanan ialah carta yang membantu kita merancang pengambilan jenis-jenis makanan dalam sukatan yang betul.
Arahan:
Jawab soalan-soalan di bawah ini.
1. Apakah piramid makanan?
______________________________________________________________________________________
2. Di manakah Fatihah melihat carta tentang piramid
Makanan?
______________________________________________________________________________________
3. Makanan apakah yang perlu kita makan sedikit
sahaja?
______________________________________________________________________________________
4. Apakah kebaikan memakan buah-buahan dan
sayur-sayuran?
______________________________________________________________________________________
5. Nyatakan dua jenis makanan yang membekalkan
tenaga?
i.____________________ ii. _________________
GAMBAR 1
PIRAMID MAKANAN
Pastikan kita makan mengikut piramid makanan agar tubuh badan sentiasa sihat dan cergas
GAMBAR 2
PIRAMID MAKANAN
No comments:
Post a Comment