RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
Nama Guru : Ahmad Latip Bin Alwi
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Kisah dan Teladan
Tajuk : Kisah Sang Serigala
Sekolah : Sk. St.Patrick.
Kelas : 2 Dynamic
Bilangan murid : 26 orang
Purata umur : 8 tahun
Tarikh : 11 Oktober 2011
Masa : 8.00 – 9.00 pagi.
Hari : Selasa
KEMAHIRAN | Fokus Utama : 5.1 Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik Fokus sampingan : 5.2 Aras 1(ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca Fokus sampingan: 6.1 Aras 3(i) Merujuk pelbagai sumber untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang dibincangkan. |
OBJEKTIF |
|
ISI PELAJARAN | Sebuah Taman,buah epal,sangat lapar,buah tembikai. |
PENGETAHUAN SEDIA ADA | Murid sudah biasa mengenali rupa binatang serigala daripada cerita yang ditonton di televisyen dan daripada bahan-bahan bacaan. |
PENYERAPAN ILMU | Pendidikan Moral , Agama Islam dan Sains |
NILAI-NILAI MURNI | Kesedaran murid tentang keburukan sikap tamak dan seharusnya bersyukur dengan apa yang ada |
ABM | Kad gambar, kad perkataan , lembaran kerja dan teks petikan. |
SET INDUKSI (5 minit ) | .1. Beberapa orang murid di minta untuk mencantum gambar 2. Guru mengambarkan ciri-ciri haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut. 2. Murid cuba menjawab nama haiwan mengikut gambaran diberi. |
LANGKAH 1 (10 minit ) |
|
LANGKAH 2 (10 minit ) | 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. 2. Murid yang belum menguasai diberi bimbingan oleh guru secara individu. 3. Latihan pengayaan diberikan kepada murid yang telah menguasai dan menyiapkan latihan dengan betul. 4. Hasil kerja disemak secara perbincangan dan dibuat dalam bentuk pertandingan Pat-pat Siku Lipat (menjawab soalan latihan dalam lembaran kerja secara kumpulan) |
PENUTUP ( 5 Minit ) | Penutup kognitif. 1. Guru menilai hasil kerja murid secara keseluruhan dan memberi peneguhan. 2. Hasil kerja mereka akan ditampal di sudut bahasa 3. Rumusan pelajaran berdasarkan nilai-nilai murni terdapat dalam petikan . Penutup sosial 1. Guru memuji murid kerana memberikan kerjasama yang baik sewaktu aktiviti dijalankan. |
REFLEKSI PENGAJARAN
KEKUATAN
Kelebihan dan Kekuatan pengajaran yang saya lakukan ialah strategi atau teknik pengajaran yang pelbagai telah digunakan memberi keyakinan penuh untuk diri saya bagi mencapai objektif P&P pada hari tersebut. Saya mengetahuinya melalui proses pengajaran secara soaljawab disusuli dengan didik hibur dan simulasi.Melalui pemerhatian saya murid-murid begitu seronok dan lebih fokus dengan pengajaran yang telah dijalankan.
Melalui pemerhatian saya. Murid-murid dapat menjalankan aktiviti seperti yang
diarahkan dan memberi tindakbalas yang positif dan memberangsangkan secara aktif.
Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kumpulan terutamanya dalam pertandingan
Pat-Pat siku lipat menunjukkan mereka terlibat secara aktif atau produktif ini adalah
bertujuan:
i). Memudahkan saya mengawal kelas.
ii). Merapatkan hubungan antara murid-murid
iii). Mudah untuk mencungkil idea di kalangan mereka sendiri.
iv). Mewujudkan sifat kepimpinan
v). Menghilangkan sifat malu dan rendah diri.
vi). Mengelak murid dari suka menyendiri,bosan dan pasif (kera sumbang).
vii). Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan kondusif.
viii). Mewujudkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.
Selain itu penglibatan murid-murid dalam kelas secara individu juga aktif dan amat
memberangsangkan terutama aktiviti sesi soaljawab.
LEMBARAN KERJA
Nama:_____________ BM TAHUN 2 TARIKH:_______________
Tajuk: Simpulan Bahasa
Arahan: Isi tempat kosong berpandukan jawapan yang diberi.
Kaki botol panjang tangan cakar ayam mulut murai kaki ayam |
1. Orang yang memakai kasut:___________________________________
2. Suka atau banyak bercakap:___________________________________
3. Surat Ali tidak boleh dibaca kerana tulisannya macam:______________
____________________________________
4. Abu di tangkap polis kerana dia:_________________________________
5. Orang yang banyak minum minuman yang memabukkan:_____________
____________________________________
GAMBAR SEEKOR SERIGALA
No comments:
Post a Comment