Teaching is the profession that teaches all the other professions.

Sunday, 4 December 2011

RPHBM THN 2 (Kisah dan teladan)


RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

Nama Guru                 : Ahmad Latip Bin Alwi
Mata pelajaran             : Bahasa Melayu
Tema                           : Kisah dan Teladan
Tajuk                          : Kisah Sang Serigala
Sekolah                       : Sk. St.Patrick.
Kelas                           : 2 Dynamic
Bilangan murid           : 26 orang
Purata umur                 : 8 tahun
Tarikh                          : 11 Oktober 2011
Masa                            : 8.00 – 9.00 pagi.
Hari                             : Selasa

KEMAHIRAN
Fokus Utama : 5.1 Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik
Fokus sampingan : 5.2 Aras 1(ii)  Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca
Fokus sampingan: 6.1 Aras 3(i) Merujuk pelbagai sumber untuk mencari maklumat                                                 berkaitan tajuk yang dibincangkan.

OBJEKTIF
  1. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
  2. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca
  3. Merujuk teks petikan untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang dibincangkan.
ISI PELAJARAN
Sebuah Taman,buah epal,sangat lapar,buah tembikai.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid  sudah biasa mengenali rupa binatang serigala daripada cerita yang ditonton di televisyen dan daripada bahan-bahan bacaan.
PENYERAPAN ILMU
  Pendidikan Moral , Agama Islam dan Sains
NILAI-NILAI MURNI
Kesedaran murid tentang keburukan sikap tamak dan seharusnya bersyukur dengan apa yang ada


ABM

Kad gambar, kad perkataan , lembaran kerja dan teks petikan.

SET INDUKSI
(5 minit )
.1.  Beberapa orang murid di minta untuk mencantum gambar
2. Guru mengambarkan ciri-ciri haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut.
2.  Murid cuba menjawab nama haiwan mengikut gambaran diberi.

LANGKAH 1
(10 minit )
  1. Guru menyuruh beberapa orang murid membaca secara individu dan kemudian secara beramai-ramai berdasarkan teks petikan yang diedar.
  2. Guru bersoaljawab dan berbincang bersama-sama murid berkaitan isi teks petikan yang diberi.
  3. Guru berbincang berkaitan peribahasa yang terdapat dalam teks kemudian menyuruh murid mencari dan mengaris beberapa simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan.


LANGKAH 2
(10 minit )

1.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
2.      Murid yang belum menguasai diberi bimbingan oleh guru secara individu.
3.       Latihan pengayaan diberikan kepada murid yang  telah menguasai dan menyiapkan latihan dengan betul.
4.      Hasil kerja disemak secara perbincangan dan dibuat dalam bentuk pertandingan Pat-pat Siku Lipat (menjawab soalan latihan dalam lembaran kerja secara kumpulan)

PENUTUP
( 5 Minit )
Penutup kognitif.
1.  Guru menilai hasil kerja murid secara keseluruhan dan memberi peneguhan.
2.  Hasil kerja mereka akan ditampal di sudut bahasa
3.  Rumusan pelajaran berdasarkan nilai-nilai murni terdapat dalam petikan
.
Penutup sosial
1. Guru memuji murid kerana memberikan kerjasama yang baik sewaktu aktiviti dijalankan.
REFLEKSI PENGAJARAN


KEKUATAN

Kelebihan dan Kekuatan pengajaran yang saya lakukan ialah strategi atau teknik pengajaran yang pelbagai  telah digunakan memberi keyakinan penuh untuk diri saya bagi mencapai objektif P&P pada hari tersebut. Saya mengetahuinya melalui proses pengajaran secara soaljawab disusuli dengan didik hibur dan simulasi.Melalui pemerhatian saya murid-murid begitu seronok dan lebih fokus dengan pengajaran yang telah dijalankan.

Melalui pemerhatian saya. Murid-murid dapat menjalankan aktiviti seperti yang
diarahkan dan memberi tindakbalas yang positif dan memberangsangkan secara aktif.
Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kumpulan terutamanya dalam pertandingan
 Pat-Pat siku lipat   menunjukkan mereka terlibat secara aktif atau produktif ini adalah
bertujuan:
 i).     Memudahkan saya mengawal kelas.
ii).     Merapatkan hubungan antara murid-murid
iii).    Mudah untuk mencungkil idea di kalangan mereka sendiri.
iv).    Mewujudkan sifat kepimpinan             
v).     Menghilangkan sifat malu dan rendah diri.
vi).    Mengelak murid dari suka menyendiri,bosan dan pasif (kera sumbang).                                 
vii).   Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan kondusif.
viii).  Mewujudkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.
Selain itu penglibatan murid-murid dalam kelas secara individu juga aktif dan amat
 memberangsangkan terutama aktiviti sesi soaljawab.

KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikropengajaran ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.

LANGKAH MENGATASI

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses P&P. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika P&P berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid







LEMBARAN KERJA


Nama:_____________      BM TAHUN 2       TARIKH:_______________              



Tajuk: Simpulan Bahasa


Arahan:  Isi tempat kosong berpandukan jawapan yang diberi.


Kaki botol        panjang tangan         cakar ayam        mulut murai
        
kaki ayam                       






1.  Orang yang memakai kasut:___________________________________



2.  Suka atau banyak bercakap:___________________________________







3. Surat Ali tidak boleh dibaca kerana tulisannya macam:______________



   ____________________________________




4.  Abu di tangkap polis kerana dia:_________________________________



5. Orang yang banyak minum minuman yang memabukkan:_____________


   ____________________________________



GAMBAR SERIGALA SEDANG MENYALAK





GAMBAR SEEKOR SERIGALA



BM UPSR Kertas 2 (16 NIlai)


















    ITEM SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2

    Bahagian C [ 20 markah]



    NILAI-NILAI MURNI

    1.    BAIK HATI
       
      1. Belas kasihan – Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.
      2. Bertimbang rasa – Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan.
      3. Murah hati  – Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya.
      4. Saling memahami – Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.
      5. Saling bermaafan – Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.


    2.    BERDIKARI
           
      1. Berupaya bertindak sendiri -  sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
      2. Yakin pada diri sendiri – Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba.


    3.    HEMAH TINGGI

      1. Kesopanan – Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain.
      2. Mengakui kesalahan sendiri – Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.
      3. Ramah mesra – Sedia bergaul mesra dengan semua orang.


    4.    HORMAT

      1. Hormat dan taat kepada  ibu bapa atau penjaga – Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga.
      2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin – Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik.
      3. Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara – Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri.
      4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan – Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.
      5. Patuh kepada undang-undang negara – Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada.
      6. Patuh kepada ketetapan masa -  Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah.


    5.    KASIH SAYANG

      1. Sayangkan diri sendiri dan orang lain -  Menyayangi diri sendiri dan orang lain.
      2. Sayang alam sekitar – Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.
      3. Cintakan negara – Bangga dan taat setia kepada negara (patriotisme).


    6.    KEADILAN

      1. Adil – Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan bersesuaian.
      2. Saksama – Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.


    7.    KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG

    • Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.


    8.    KEBERANIAN

      1. Berani mencuba – Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.
      2. Berani kerana benar – Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.


    9.    KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL

      1. Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat.
      2. Kebersihan persekitaran –  Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
      3. Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain.


    10.    KEJUJURAN

      1. Amanah -  Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
      2. Bercakap benar –  Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
      3. Ikhlas -   Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.


    11.    KERAJINAN

      1. Daya usaha -   Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
      2. Dedikasi  -    Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

        12.    KERJASAMA
          1. Gotong-royong -  Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.
          2. Toleransi -   Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.
          3. Perpaduan -  Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara, dan antarabangsa.
        13.    KESEDERHANAAN
          1. Pertuturan dan perlakuan yang sederhana –  Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.
          2. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain -   Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.
        14.    KESYUKURAN
          1. Berterima kasih -   Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
        15.    RASIONAL
          1. Membuat pertimbangan -   Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
        16.    SEMANGAT BERMASYARAKAT
          1. Bermuafakat -  Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.
          2. Kejiranan -  Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga.
          3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat -  Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.
        17.    PATRIOTISME
           
            17.1. Menghormati pemimpin
            17.2. Berusaha untuk memajukan negara
            17.3. Semangat untuk kejayaan negara
            17.4. Rela berkorban demi kemakmuran negara
        DISEDIAKAN OLEH:
        MOHD NAZRI HJ. MOHTAR
        UNIT BAHASA MELAYU
        SK DATUK AWANG UDIN MUKAH







    KERTAS 2
    (I jam 15 minit)

    BAHAGIAN A
    (Masa yang dicadangkan : 15 minit)
    [10 markah]


    1   Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.





















    2 KEPING GAMBAR































    3 KEPING GAMBAR



































    4 KEPING GAMBAR




















    Bahagian A


    No. Soalan


    ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


        10




    BAHAGIAN B
    (Masa yang dicadangkan : 40 minit)
    [30 markah]

    Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.







































    Bahagian B

    No. Soalan


    ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….................................................................................................................................................................................................................................................................................................


        30
       
    ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….................................................................................................................................................................................................................................................................................................
    BAHAGIAN C
    (Masa yang dicadangkan : 20 minit)
    [20 markah]


    1. Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.






    Pergi memancing ikan haruan,
        Dapat seekor ikan kelisa;
    Berhati-hati memilih kawan,
        Pilihlah kawan berbudi bahasa.


    Jangan dijolok sarang tebuan,
        Kalau tak tahan sengatan berbisa;
    Jangan tersalah memilih kawan,
        Kelak dirimu hancur binasa.


    Kakiku sakit terpijak duri,
        Bisanya sampai ke tulang sendi;
    Kawan ketawa senang dicari,
        Kawan menangis tiada yang sudi.


    Ke Kampung Ulu ke rumah Che Baha,
        Untuk membeli ayam serama;
    Kawan yang setia berkongsi usaha,
        Kejayaan dicapai dikecapi bersama.













    BAHAGIAN C
    (Masa yang dicadangkan : 20 minit)
    [20 markah]




    1. Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.











































    Bahagian C

    No. Soalan


    ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
    20





    KERTAS 2
    (I jam 15 minit)

    BAHAGIAN A
    (Masa yang dicadangkan : 15 minit)
    [10 markah]


    1. Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.































    BAHAGIAN B
    (Masa yang dicadangkan : 40 minit)
    [30 markah]


    Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


    1. Kamu ialah ahli Persatuan Bahasa Melayu dan sedang berbincang dengan ahli-ahli persatuan bagi melaksanakan ‘Minggu Bahasa Melayu’.
    Tulis perbualan kamu dan kawan-kawan kamu itu selengkapnya.


    ATAU


    2.Sukan sangat penting kepada semua orang.
     Terangkan kebaikan sukan kepada murid sekolah.
       



    ATAU


    3. Kamu telah berpindah ke sekolah baru.
       Ceritakan pengalaman kamu ketika di hari pertama kamu di sekolah tersebut.

















    BAHAGIAN C
    (Masa yang dicadangkan : 20 minit)
    [20 markah]


    1. Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.






    Pergi memancing ikan haruan,
        Dapat seekor ikan kelisa;
    Berhati-hati memilih kawan,
        Pilihlah kawan berbudi bahasa.


    Jangan dijolok sarang tebuan,
        Kalau tak tahan sengatan berbisa;
    Jangan tersalah memilih kawan,
        Kelak dirimu hancur binasa.


    Kakiku sakit terpijak duri,
        Bisanya sampai ke tulang sendi;
    Kawan ketawa senang dicari,
        Kawan menangis tiada yang sudi.


    Ke Kampung Ulu ke rumah Che Baha,
        Untuk membeli ayam serama;
    Kawan yang setia berkongsi usaha,
        Kejayaan dicapai dikecapi bersama.













    NAMA : ………………………..………………….        KELAS : ………………

    KESALAHAN AYAT
    Taandakan  /  pada ayat-ayat yang betul dan  X pada ayat-ayat yang salah.


    Bil
    Ayat
    / / X
    1.Mawi paling terpandai di dalam kelas 6 Bestari.
    2.Semua murid-murid yang sesat di hutan itu telah dijumpai.
    3.Di musim perayaan , pasar raya agak sibuk.
    4.Rizal menghantar sepucuk surat pada abangnya yang sedang belajar di luar Negara.
    5.Rosni memcuci pinggan sambil adiknya menyapu sampah di halaman rumah.
    6.Mana baju panas yang saya beli semalam?
    7.Rumah Sazali terletak antara sekolah dengan balai raya di kampungnya.
    8.Maklumat tentang pertandingan nyanyian itu akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
    9.Barang antik itu diperbuat dari kayu jati.
    10.Setengah orang percaya akan cerita dongeng itu.
    11.Memang sudah menjadi rasmi Pak Ayop menghirup secawan teh sebelum memulakan tugasnya di ladang sawit.
    12.Tugas seorang doktor adalah merawat pesakitnya.
    13.Ayah sedang membaca suratkhabar di ruang tamu.
    14.Dato’ Azman mewarisi sebahagian hartanya kepada rumah kebajikan.
    15.Kamal kesakitan setelah menyepak seketul batu.
    16.Tidak lama lagi kita akan menduduki peperiksaaan UPSR.
    17.Sikap ketidak adilannya menyebabkan dia tidak digemari ramai.
    18.Masakan ibu dicampurkan dengan pelbagai rempah-ratus.
    19.
    Yang berbaju biru itu siapakah?
    20.Adik bermain sambil berbual seorang diri.


    Markah : …………………….