Teaching is the profession that teaches all the other professions.

Friday 9 December 2011

BM THN 2 Monyet dan Kura-kura

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 2

NAMA GURU : AHMAD LATIP BIN ALWI
SEKOLAH : SK. ST. PATRICK MUKAH
KELAS/DARJAH ; 2 Dynamic
BILANGAN MURID : 26 ORANG
UMUR MURID PURATA ; 8 TAHUN
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
MASA: 9.00 – 10.00 PAGI

Kumpulan Arif Bestari Cerdas

Nama Murid 1. Mohd Rizal Bin Manaf
dan ahli-ahli 1. Awang Othmee
dan ahli-ahli 1. Azizah Bte Usuludin
dan ahli-ahli

Tajuk / Kemahiran

Karangan Kloz : Monyet Dan Kura-kura

Objektif Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat menulis karangan kloz berdasarkan gambar yang diberikan
Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat menuliskan karangan kloz bergambar dengan memilih perkataan yang betul dan sesuai berdasarkan gambar yang diberi. Pada akhir pelajaran ini murid dapat menuliskan karangan kloz bergambar dengan menyusun huruf agar menjadi perkataan yang betul berdasarkan gambar.

Pengalaman sedia ada


Murid sudah dapat membaca dan menulis perkataan KV + KVKK



Nilai Murni


Kejujuran


Alat Bantu Mengajar


1. Slaid power point.
2. Domino perkataan
3. Lembaran kerja
4. Kad rangkai kata
1. Slaid power point
2. Kad suku kata
3. Gambar-gambar
4. Lembaran kerja
1. Slaid power point.
2. Kad gambar
3. Kad perkataan.
4. Joran
5. Lembaran kerja.




Set Induksi
5 Minit

Murid mendengar lagu Bunyi Binatang


LANGKAH 1
10 Minit

PENGAJARAN

Murid mendengar cerita Monyet Dan Kura-kura


PERKEMBANGAN

LANGKAH 2

15 Minit PENGAJARAN

• Membaca perkataan yang ditunjukkan di power point
• Murid membaca ayat-ayat karangan yang ditunjukkan di power point
• Murid menuliskan karangan kloz berdasarkan gambar yang diberi.

Contoh:
Pada suatu hari seekor _____(gambar monyer) sedang rehat di atas______(gambar pokok)
_____(gambar jambu)
LATIHAN PENGUKUHAN

• Murid membina perkataan menggunakan kad suku kata berpandukan gambar yang diberikan.
• Murid melukiskan gambar yang diperolehi di lembaran kerja PERMAINAN

Memancing Perkataan
• Murid diberikan beberapa kad gambar
• Mereka diminta memancing kad perkataan yang sama dengan gambar di kotak/kolam yang disediakan.


LANGKAH 3

15 Minit
PENGUKUHAN

• Murid diminta menyusun kad rangkai kata agar menjadi satu ayat yang bermakna.
PENGAJARAN

• Murid menamakan gambar ditunjukkan di power point
• Murid membaca perkataan yang ditunjukkan berserta gambar di power point.
• Murid membaca ayat-ayat yang ditunjukkan di power point
• Murid menulis karangan kloz berpandukan gambar dan diberi pilihan perkataan.

Contoh:
Pada suatu hari seekor_______(gambar monyet/ perkataan ”monyet”, :kucing”) sedang berehat di atas______ (gambar pokok/ perkataan ”pokok”, ”pasu”)
_______(gambar jambu/ perkataan ”jambu”, ”sumbu”)
PENGUKUHAN

• Murid menuliskan perkataan yang telah berjaya dipancing di lembaran kerja.

LANGKAH 3

15 Minit
PERMAINAN

Domino Perkataan.
• Murid diberikan kad domino.
• Murid diminta mencantumkan kad domino agar menjadi ayat yang bermakna.
• Murid yang tidak ada kad domino yang bersesuaian akan hilang giliran.
• Murid yang dapat menghabiskan kadnya dikira pemenang.
PERMAINAN

Gambar Tersembunyi

• Murid diberikan sekeping gambar untuk mencari objek yang tersembunyi dalam gambar tersebut.
• Murid mewarnakan gambar yang telah diperolehi


PENGAJARAN

• Murid menamakan gambar slaid power point yang ditunjukkan oleh guru.
• Murid mengeja perkataan yang ditunjukkan oleh guru menggunakan power point.
• Murid membaca ayat yang ditnjukkan oleh guru di power point
• Murid menuliskan karangan kloz berpandukan gambar dan diberi perkataan yang tidak tersusun hurufnya.

Contoh:
Pada suatu hari seekor _____(gambar monyet/ perkataan monyet yang tidak tersusun ”yetmon”)

PENUTUP

5 Minit

Permainan Kotak Beracun
• Membaca ayat yang diambil dari kotak beracun.





REFLEKSI

KEKUATAN

Kekuatan dna kelebihan pengajaran saya pada hari ini ialah saya dapati murid-murid begitu seronok dan berminat mengikuti pelajaran saya pada hari ini.Ramai di antara mereka bekerjasama melakukan akitiviti dalam kumpulan yang telah disuruh.Selain itu saya juga mengunakan lontaran suara yeng jelas agar murid-murid dapat menerima pengajaran dan pembelajaran saya dengan lebih baik lagi. Murid-murid terhibur dengan strategi didik hibur dan bercerita yang saya gunakan pada hari ini. Murid-murid juga begitu seronok dengan aktiviti permainan yang saya buat. Di akhir P&P saya dapati lebih 80% murid-murid dapat dapat menuliskan karangan kloz bergambar dengan memilih perkataan yang betul dan sesuai berdasarkan gambar yang diberi dan menyusun huruf agar menjadi perkataan yang betul berdasarkan gambar.







KELEMAHAN

Kelemahan yang saya dapati hasil pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini ialah ada seorang dua murid-murid yang tak meberi perhatian ketika saya mengajar malahan mengusik kawan ketika aktiviti permainan dalam kumpulan di lakukan.Ada juga mereka yang kurang memberi kerjasama ketika ketua kumpulan mengarahkan mereka berbincang bersama-sama.



CARA MENGATASI

Saya memberi motivasi atau menasihat murid-murid yang bermasalah dan menyuruh mereka membaca ayat yang diambil dari kotak beracun.Selain itu saya juga memberi pemulihan kepada murid yang lemah dan pengukuhan kepada murid-murid yang cerdas. Hasil kerja kumpulan yang baik saya tanpalkan di belakang kelas dan memuji akan kerjasama kumpulan yang menunjukkan mutu kerja yang baik dan menjadikan contoh kumpulan yang baik kepada kumpulan yang lemah. Saya juga mengunakan pelbagai jenis Alat bantu mengajar dalam pengajaran saya pada hari ini supaya murid-murid lebih berminat dan seronok dengan pelajaran hari ini.

No comments:

Post a Comment