Teaching is the profession that teaches all the other professions.

Sunday 4 December 2011

RPHBM THN 2 (Kisah dan teladan)


RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

Nama Guru                 : Ahmad Latip Bin Alwi
Mata pelajaran             : Bahasa Melayu
Tema                           : Kisah dan Teladan
Tajuk                          : Kisah Sang Serigala
Sekolah                       : Sk. St.Patrick.
Kelas                           : 2 Dynamic
Bilangan murid           : 26 orang
Purata umur                 : 8 tahun
Tarikh                          : 11 Oktober 2011
Masa                            : 8.00 – 9.00 pagi.
Hari                             : Selasa

KEMAHIRAN
Fokus Utama : 5.1 Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik
Fokus sampingan : 5.2 Aras 1(ii)  Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca
Fokus sampingan: 6.1 Aras 3(i) Merujuk pelbagai sumber untuk mencari maklumat                                                 berkaitan tajuk yang dibincangkan.

OBJEKTIF
  1. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
  2. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca
  3. Merujuk teks petikan untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang dibincangkan.
ISI PELAJARAN
Sebuah Taman,buah epal,sangat lapar,buah tembikai.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid  sudah biasa mengenali rupa binatang serigala daripada cerita yang ditonton di televisyen dan daripada bahan-bahan bacaan.
PENYERAPAN ILMU
  Pendidikan Moral , Agama Islam dan Sains
NILAI-NILAI MURNI
Kesedaran murid tentang keburukan sikap tamak dan seharusnya bersyukur dengan apa yang ada


ABM

Kad gambar, kad perkataan , lembaran kerja dan teks petikan.

SET INDUKSI
(5 minit )
.1.  Beberapa orang murid di minta untuk mencantum gambar
2. Guru mengambarkan ciri-ciri haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut.
2.  Murid cuba menjawab nama haiwan mengikut gambaran diberi.

LANGKAH 1
(10 minit )
  1. Guru menyuruh beberapa orang murid membaca secara individu dan kemudian secara beramai-ramai berdasarkan teks petikan yang diedar.
  2. Guru bersoaljawab dan berbincang bersama-sama murid berkaitan isi teks petikan yang diberi.
  3. Guru berbincang berkaitan peribahasa yang terdapat dalam teks kemudian menyuruh murid mencari dan mengaris beberapa simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan.


LANGKAH 2
(10 minit )

1.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
2.      Murid yang belum menguasai diberi bimbingan oleh guru secara individu.
3.       Latihan pengayaan diberikan kepada murid yang  telah menguasai dan menyiapkan latihan dengan betul.
4.      Hasil kerja disemak secara perbincangan dan dibuat dalam bentuk pertandingan Pat-pat Siku Lipat (menjawab soalan latihan dalam lembaran kerja secara kumpulan)

PENUTUP
( 5 Minit )
Penutup kognitif.
1.  Guru menilai hasil kerja murid secara keseluruhan dan memberi peneguhan.
2.  Hasil kerja mereka akan ditampal di sudut bahasa
3.  Rumusan pelajaran berdasarkan nilai-nilai murni terdapat dalam petikan
.
Penutup sosial
1. Guru memuji murid kerana memberikan kerjasama yang baik sewaktu aktiviti dijalankan.
REFLEKSI PENGAJARAN


KEKUATAN

Kelebihan dan Kekuatan pengajaran yang saya lakukan ialah strategi atau teknik pengajaran yang pelbagai  telah digunakan memberi keyakinan penuh untuk diri saya bagi mencapai objektif P&P pada hari tersebut. Saya mengetahuinya melalui proses pengajaran secara soaljawab disusuli dengan didik hibur dan simulasi.Melalui pemerhatian saya murid-murid begitu seronok dan lebih fokus dengan pengajaran yang telah dijalankan.

Melalui pemerhatian saya. Murid-murid dapat menjalankan aktiviti seperti yang
diarahkan dan memberi tindakbalas yang positif dan memberangsangkan secara aktif.
Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kumpulan terutamanya dalam pertandingan
 Pat-Pat siku lipat   menunjukkan mereka terlibat secara aktif atau produktif ini adalah
bertujuan:
 i).     Memudahkan saya mengawal kelas.
ii).     Merapatkan hubungan antara murid-murid
iii).    Mudah untuk mencungkil idea di kalangan mereka sendiri.
iv).    Mewujudkan sifat kepimpinan             
v).     Menghilangkan sifat malu dan rendah diri.
vi).    Mengelak murid dari suka menyendiri,bosan dan pasif (kera sumbang).                                 
vii).   Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan kondusif.
viii).  Mewujudkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.
Selain itu penglibatan murid-murid dalam kelas secara individu juga aktif dan amat
 memberangsangkan terutama aktiviti sesi soaljawab.

KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikropengajaran ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.

LANGKAH MENGATASI

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses P&P. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika P&P berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid







LEMBARAN KERJA


Nama:_____________      BM TAHUN 2       TARIKH:_______________              



Tajuk: Simpulan Bahasa


Arahan:  Isi tempat kosong berpandukan jawapan yang diberi.


Kaki botol        panjang tangan         cakar ayam        mulut murai
        
kaki ayam                       






1.  Orang yang memakai kasut:___________________________________



2.  Suka atau banyak bercakap:___________________________________







3. Surat Ali tidak boleh dibaca kerana tulisannya macam:______________



   ____________________________________




4.  Abu di tangkap polis kerana dia:_________________________________



5. Orang yang banyak minum minuman yang memabukkan:_____________


   ____________________________________



GAMBAR SERIGALA SEDANG MENYALAK





GAMBAR SEEKOR SERIGALA



No comments:

Post a Comment