Teaching is the profession that teaches all the other professions.

Sunday 4 December 2011

RPH BM THN 2 (Tabiat Pemakanan)


Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 .
Nama Guru               : Ahmad Latip Bin Alwi
Mata pelajaran         : Bahasa Melayu
Tajuk                        : Tabiat Pemakanan
Sekolah                     : SK St Patrick.
Kelas                          : 2 Dynamic
Bilangan murid        : 26 orang
Purata umur                         : 8 tahun
Tarikh                         : 6 Mei 2011
Masa                          : 8.00 – 9.00 pagi.
Hari                             : Jumaat

KEMAHIRAN

Fokus Utama: 8.3 Aras 1(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasrkan perkataan yang diberi.
Fokus sampingan : 4.1 Aras 1(i)  Melahirkan perasaan berdasarkan topik yang ditentukan.
Fokus sampingan: 5.3 Aras 1(ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.


OBJEKTIF

  1. Murid dapat membina sekurang-kurangnya 3 ayat tunggal dan 3 ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberikan.
  2. Murid dapat menyatakan perasaan terhadap topik yang dibincangkan
     3. Murid dapat menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca secara individu.
ISI PELAJARAN
Tabiat, kotor ,sihat,manis,makan,minum, bergoreng, bersantan, kek, coklat dan gula-gula.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid  sudah biasa makan makanan yang manis.
PENYERAPAN ILMU
Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Moral
NILAI-NILAI MURNI
Kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.
ABM
 Carta petikan.Kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja. dan benda maujud (makanan manis)

SET INDUKSI
(5 minit )
Teka benda dalam kotak hitam.
    1. Guru menyuruh murid mengedar kotak hitam antara satu sama lain diiringi muzik .
    2. Murid yang memegang kotak ketika muzik berhenti disuruh menjawab soalan.
    3. Guru mengaitkan tajuk pelajaran berdasarkan jawapan betul yang telah di teka oleh murid-murid tersebut.


LANGKAH 1
(10 minit )
  1. Guru menyuruh beberapa orang murid membaca secara individu dan kelas berdasarkan  buku teks.
  2. Guru bersoaljawab bersama-sama murid berdasarkan topik pelajaran hari itu.
  3. Guru  menyuruh murid memilih jawapan yang betul berdasarkan petikan.
  4. Murid akan bercerita tentang makanan kesukaan berdasarkan pengalaman masing-masing.


LANGKAH 2
(15 minit )

1.    Guru membaca soalan berdasarkan petikan yang dibaca .
2.    Murid menjawab soalan yang dikemukan secara individu.
3.    Dengan bimbingan guru murid yang lemah akan di beri peneguhan ketika cuba menjawab soalan.
4.    Pertandingan pat-pat siku lipat (menjawab soalan secara individu)



LANGKAH 3
(25 minit )

1.Guru menerang dan memberikan contoh-contoh ayat tunggal dan  ayat majmuk  
1.    2.Guru memilih beberapa orang murid untuk membina ayat tunggal dan majmuk berdasarkan perkataan              
2. .      yang diberi.
3.    3. Guru mengedarkan lembaran kerja secara individu kepada semua murid.
4. Guru memberi bimbingan kepada murid yang kurang faham.
.
PENUTUP
( 5 Minit )
Penutup kognitif.
1. Guru menilai hasil kerja murid secara individu
2. Rumusan pelajaran hari ini.
3. Hasil kerja mereka akan ditampal di sudut bahasa.
Penutup sosial
1. Guru memuji murid kerana memberikan kerjasama yang baik sewaktu aktiviti dijalankan.

REFLEKSI

KEKUATAN

Kekuatan dan kelebihan sepanjang pembelajaran saya pada hari ini ialah kesedaran murid-murid tentang menjaga tabiat pemakanan yang baik. Mereka sedar sekiraanya mengamalkan cara pemakanan yang salah boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti kegemukan dan pelbagai penyakit yang menimpa.Selain itu  hasil dari pemerhatian saya juga saya dapati kebanyakan murid  dapat membina sekurang-kurangnya 3 ayat tunggal dan 3 ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberikan seterusnya dapat menyatakan perasaan terhadap topik yang dibincangkan pada hari ini.

KELEMAHAN
Kelemahan yang saya dapati dalam pembelajaran pada hari ini ialah murid-murid sangat gemar makan makanan yang manis walaupun  diberi teguran oleh ibu-bapa di rumah.Selain itu ada di antara murid yang masih tak tahu apa itu cara menjaga kesihatan diri dengan cara pemakanan yang sihat.Ada juga di antara murid-murid yang masih tak tahu jenis-jenis makanan yang berkhasiat.

CARA MENGATASI
Sebagai seorang guru saya terpaksa menerangkan cara pemakanan yang sihat atau tabiat pemakanan yang betul kepada murid-murid khususnya murid yang masih lemah dan kurang arif tentang jenis-jenis makanan. Saya juga memberi penekanan dan panduan tentang menjaga kesihatan dengan baik di samping tabiat pemakan yang betul.



Carta petikan

Arahan: lengkapkan carta petikan berikut berdasarkan jawapan yang diberi.

manis, mengambil, mengurangkan, sihat, mengamalkan, makan

Amalkan tabiat pemakanan yang _________.Kita dapat hidup dengan sihat jika

 kita __________ tabiat pemakanan yang baik.Kita perlu ______________

pengambilan makanan yang _____________seperti kek, coklat dan gula-

gula.Kurangkan juga________makanan yang masin dan banyak mengandungi

lemak seperti makanan bergoreng dan bersantan.Kita juga hendaklah_________

makanan yang seimbang.

Lembaran kerja (1)
Arahan:
Bina ayat tunggal berdasarkan perkataan  
yang diberi.

1. mengurangkan
______________________________________________________________________________________

2. mengamalkan
______________________________________________________________________________________

3. mengambil
______________________________________________________________________________________



LEMBARAN KERJA (2)
Arahan:
Bina ayat majmuk daripada perkataan berikut.

1.    sihat
__________________________________________________________________________________


2.    manis
__________________________________________________________________________________


3.    makan
__________________________________________________________________________________

  
GAMBAR (1)
TABIAT PEMAKANAN

GAMBAR (2)
TABIAT PEMAKANAN


GAMBAR (3)
TABIAT PEMAKANAN YANG BURUK


Carta petikan

Arahan: lengkapkan carta petikan berikut berdasarkan jawapan yang diberi.

manis, mengambil, mengurangkan, sihat, mengamalkan, makan

Amalkan tabiat pemakanan yang _________.Kita dapat hidup dengan sihat jika

kita __________ tabiat pemakanan yang baik.Kita perlu ______________

pengambilan makanan yang _____________seperti kek, coklat dan gula-

gula.Kurangkan juga________makanan yang masin dan banyak mengandungi

lemak seperti makanan bergoreng dan bersantan.Kita juga hendaklah_________

makanan yang seimbang.


Lembaran kerja

Arahan:
Bina ayat tunggal berdasarkan perkataan  
yang diberi.

1. mengurangkan
______________________________________________________________________________________

2. mengamalkan
______________________________________________________________________________________
3. mengambil
______________________________________________________________________________________




Arahan:
Bina ayat majmuk daripada perkataan berikut.

4.    sihat
__________________________________________________________________________________


5.    manis
__________________________________________________________________________________


6.    makan
__________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment