Teaching is the profession that teaches all the other professions.

Tuesday 6 December 2011

RPH BM Mama Pergi Ke Pasar




Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 .

Mata pelajaran                         : Bahasa Melayu
Kelas                                       : Tahun 2 Dynamic
Tarikh                                      : 20 Julai 2011
Masa                                        : 60 minit
Bilangan Murid                       : 26 orang
Tajuk                                       : Mama pergi ke pasar.

Hasil Objektif Pembelajaran           
Pada akhir pengajaran dan penbelajaran murid dapat :

.Menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal dengan betul.

Isi Pelajaran  
Menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal – Mama pergi ke pasar.

Fokus Utama            
Menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal dengan betul.

Fokus sampingan
1.Menyusun perkataan untuk membentuk ayat mudah.
2.Membina ayat mudah.

Pengisian Kurikulum            :Pendidikan Jasmani dan kesihatan dan Pendidikan Moral

Kemahiran bernilai tambah :
Kemahiran berfikir               : Menjana fikiran,Menyusun atur , mengintepretasi
Belajar Cara Belajar            : Mengeja perkataan sendiri, menyusun
                                                  perkataan untuk membentuk ayat     :          
Kecerdasan Pelbagai             : Kinestetik,muzik,verbal-lingustik, interpersonal                                                                   ,visual ruang

Pengetahuan Sedia Ada       :1.Murid ada pengalaman mengikut ibu pergi ke pasar.
                                                 2.Murid boleh menulis perkataan dan ayat mudah.

Bahan Bantu Mengajar        :Carta gambar
                                                 Kad perkataan
                                                 Papan butang
                                                 Jigsaw puzzle
                                                 Blok perkataan
                                                 Carta gambar peta minda dan lembaran. 
                                                 Slide power point                                            
                                                 
                                                 

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Kumpulan  A
 GEMILANG
Kumpulan B
CEMERLANG
Kumpulan C
TERBILANG


Set Induksi
(5 minit )

1.Guru meminta murid menyanyi bersama guru lagu berkaitan tajuk.
2.Murid bersoaljawab dengan guru berkaitan tajuk.
3.Guru mengaitkan dengan pelajaran  pada hari ini



Klip video power point.
Muzik dan Pendidikan Moral


Langkah 1
(15 minit )






Pengajaran

1.Guru menampalkan gambar tunggal  “ ibu bawa raga” dipapan  putih .

2. Berbincang tentang gambar dengan murid.

Contoh jangkaan jawapan murid:
  1. Ini siapa ? – Ini mama dan lain-lain.
  2. Siapa nama mama?
  3. Mama pergi mana?
  4. Mama bawa apa?




Carta Gambar Tunggal
                                               


Langkah 2
(15 minit )












Aktiviti Pengajaran

1Murid bersoaljawab tentang    gambar berdasarkan klip video   power point dan buku besar.

2. Murid datang ke hadapan kelas
dan membuat aksi mama pergi
pasar bawa raga.

3. Murid melukiskan mama bawa
raga di papan putih.


4.Murid membina dan menulis 5 ayat mudah berdasarkan
gambar secara lisan.

5.Guru mengawasi dan membimbing murid. 

Kemahiran berfikir:
 Menyusun atur , mengintepretasi, menjana fikiran.



Aktiviti Latihan

1.Murid diberi satu lembaran yang berbentuk peta minda    dan menyuruh murid
menuliskan apa sahaja yang terlintas di fikiran tentang gambar tunggal yang itunjukkan din dalam  sebuah bingkai gambar.

2.Murid menulis berdasarkanpengetahuan sedia ada    murid.
Contoh:
1 Ini mama.Nama mama Sarah.Mama bawa raga.



3..Guru mengawasi dan membimbing murid. 




Permainan

1.Guru menyediakan bahan maujud seperti raga dan     sayur-sayuran serta buah-
buahan.

2.Murid diminta melebelkan bahan-bahan itu dengan  perkataan yang dituliskan pada kad perkataan.

3. Murid bekerjasama di  dalam kumpulan secara bergotong royong mencari perkataan yang sesuai dengan bahan.

4.Guru mengawal aktiviti dan
    memberi bimbingan.
 

Belajar cara belajar:
 mencari dan mengeja     perkataan sendiri.



Gambar tunggal

Lembaran kerja


Bahan maujud raga, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Langkah 3
(20 minit )


Permainan

    Mencantumkan perkataan
   dengan gambar.
   “ Mama bawa raga.”
1.Murid bermain dalam    kumpulan di mana gambar-
 gambar disusun secara rawak  dan murid memilih gambar  untuk dicantumkan dengan  perkataan dan membentuk satu  binaan jigsaw puzzle gambar
 mama membawa raga pergi ke pasar.

2.Murid bermain mengikut    giliran .



Latihan

1.      2.Murid membina dan menuliskan semula ayat-ayat tadi di dalam bentuk karangan sebenar dan menggalakkan murid untuk mengembangkan lagi idea dengan bantuan guru.

Pengajaran

1.Guru membimbing
    murid menuliskan
    ayat  mudah
    berdasarkan      gambar  tunggal.

2.Murid membaca ayat- ayat contoh yang di tunjukkan
 guru berselang –seli dengan    gambar melalui slide power
   point.

3.Murid menulis 3 ayat mudah berpandukan      perkataan  yang diberi   guru.

4.Murid membacakan ayat  yang di cipta secara lisan dengan panduan guru.


5.Murid menuliskan karangan “ Mama pergi ke pasar”.



Permainan

1.      3.Murid bermain memadankan gambar dan ayat di papan butang.


2.      4. Murid membaca
kuat ayat yang
ditemui kepada
kawan.


Aktiviti Latihan

1.Murid menyusun perkataan-
   perkataan yang dituliskan
   pada blok-blok kayu
   bernombor untuk
   membentuk ayat mudah.

2.Murid menyalin ayat-ayat    yang telah disusun itu
  ke dalam buku tulis.









Pengajaran

1.      Guru menunjukkan carta karangan berpandu berdasarkan gambar tunggal.
Cara ansur maju dari  menyusun perkataan      kepada bentuk ayat- ayat mudah.


6 Murid  melekatkan perkataan di papan magnet mengikut nombor untuk membentuk ayat mudah.

7.Murid membaca ayat yang telah dibina dengan kuat dan berintonasi.

8.Guru mengawasi dan member bimbingan yang lebih khusus bagi kumpulan ini.



Blok perkataan dan blok gambar

Jigsaw puzzle yang direka bersesuaian tajuk karangan.

Kad perkataan

Slide power point – persembahan.

Penutup
(5 minit)
                   
Penutup sosial
1.Murid menyanyikan lagu dan “ Mama pergi ke pasar” berdasarkan klip video power point.
2. Guru menerapkan nilai murni sayangi ibu dan memakan sayur-sayuran untuk kesihatan diri.

Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik,muzik,verbal-lingustik, interpersonal,visual ruang








REFLEKSI

KEKUATAN


Kelebihan atau kekuatan dalam pengajaran saya pada hari ini ialah saya telah dapat mengawal kelas dengan mengunakan lontaran suara yang kuat dan jelas.Murid-murid kelihatan begitu seronok dan berminat dengan strategi P&P yang saya gunakan pada hari ini.Selain itu murid-murid sudah biasa pergi ke pasar bersama-sama ibu masing-masing.Selain itu murid-murid begitu bersemangat dan bekerjasama ketika akitiviti kumpulan dibuat.Di akhir P&P saya seramai lebih 80% murid-murid dapat menulis karangan mudah berdasarkan gambar tunggal dengan betul.


KELEMAHAN

Kelemahan yang saya dapati dalam P&P saya pada hari ini ialah.Ketika aktiviti menyanyi ada beberapa orang murid yang bermasalah di mana mereka enggan menyanyi malahan ada yang bermain-main ketika aktiviti menyanyi dibuat.Selain itu ketika aktiviti kumpulan ada seorang dua murid yang enggan bekerjasama dalam kumpulan kecuali yang betul-betul faham dan meminati pengajaran saya pada hari ini.


CARA MENGATASI


Saya terpaksa memujuk dan mendekati murid-murid  yang bermasalah dan berusaha menyuruh mereka bekerjasama dan melakukan aktiviti bersama-sama rakan dalam kumpulan masing-masing.Saya juga memberi nasihat dan memberi ganjaran kepada murid-murid yang aktif dan dapat melakukan akitiviti dengan betul, Cara ini menjadikan murid yang bermasalah berminat dan ingin mencuba aktiviti tersebut.Di akhir pelajaran Murid-murid yang lemah saya berikan mereka pemulihan dan yang cerdas pengayaan.

No comments:

Post a Comment